Lelaki maut disengat lebah beratus kali - Utusan Malaysia

Lelaki maut disengat lebah beratus kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARIZONA: Seorang lelaki terbunuh manakala lima yang lain cedera selepas diserang kawanan lebah di kawasan kejiranan Arizona.

Lapor Daily Mail, mangsa bersama dua penduduk lain disengat beratus kali selepas mengganggu sarang lebah seberat 45 kilogram di sebatang pokok di halaman belakang rumah Marana County, Khamis lalu.

Jabatan Bomba Northwest dalam kenyataan berkata, seramai tiga mangsa dipercayai disengat lebah beratus kali dipindahkan bagi memantau keadaan kesihatan mereka.

Pasukan kecemasan bersama beberapa anggota bomba tiba di lokasi kejadian, namun, tiga daripada mereka turut disengat beberapa kali.

Seorang anggota bomba terpaksa dimasukkan ke hospital dan berada dalam keadaan stabil.

“Seorang anggota bomba dipercayai disengat lebah hampir 60 kali dibawa ke hospital bagi proses penilaian dah sudah discaj,” jelasnya.

Polis Marana memaklumkan sarang lebah itu sudah dibuang dan kesemua serangga itu dibunuh.

“Majoriti lebah sudah dihapuskan dan kita turut dibantu oleh penjaga lebah.

“Walaupun kawasan ini sudah lebih selamat, namun, terdapat saki baki lebah yang masih terbang di kawasan ini. Penduduk diharapkan lebih berjaga-jaga,” ujarnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya