LOS ANGELES: Gara-gara mahu mencipta Rekod Dunia Guinness, seorang lelaki dari Idaho di Amerika Syarikat (AS) berjalan sejauh 3.5 kilometer (km) sambil mengimbangi kayu besbol di dagunya.
Lapor portal UPI, David Rush melakukan aksi itu di sebuah trek di Boise, Idaho.
Sebelum ini, Rush pernah memecahkan lebih 200 rekod Guinness untuk mempromosikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Sambil mengimbangi kayu besbol di dagunya, Rush berjalan sekitar trek itu sehingga mencapai jarak keseluruhan 3.598km.
Dia berjaya menamatkan aksi itu dalam masa 41 minit dan 30 saat.
Percubaan itu sudah mencukupi untuk memecahkan jarak 2.99km yang ditetapkan oleh Rekod Dunia Guinness.
Menurut Rush, dia menamatkan aksi itu dengan bantuan isterinya, Jennifer yang akan memberitahu jika berjalan keluar daripada laluan asalnya. – AGENSI