Lelaki ditikam, wartawan diserang dalam protes anti-vaksin di AS - Utusan Malaysia

Lelaki ditikam, wartawan diserang dalam protes anti-vaksin di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang lelaki ditikam dan seorang wartawan diserang dalam satu protes anti-vaksin Covid-19 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Lapor Al Jazeera, pergaduhan tercetus antara anti-vaxxer dan penunjuk perasaan.

Menurut laporan Los Angeles Times, ratusan orang yang memegang bendera AS dan plakad tertera `kebebasan perubatan’ tiba di Dewan Bandaraya kira-kira pukul 2 petang (waktu tempatan) untuk menyertai protes itu.

Sebilangan kecil penunjuk perasaan juga berkumpul di kawasan berhampiran, jelas laporan itu.

Kira-kira setengah jam kemudian, pergaduhan tercetus antara kedua-dua kumpulan walaupun tidak pasti punca konfrontasi itu berlaku.

Polis Los Angeles menerusi Twitter memaklumkan pihaknya menerima maklumat seorang lelaki ditikam telah menerima rawatan.

Seorang anggota jabatan bomba memberitahu lelaki itu yang cedera parah telah dibawa ke hospital berhampiran.

“Setakat ini, tiada penahanan dibuat tetapi siasatan masih sedang dilakukan,” kata polis.

Sementara itu, seorang wartawan dari KPCC, Frank Stolze yang sedang berjalan keluar dari taman berhampiran Dewan Bandaraya dilaporkan diserang oleh penunjuk perasaan.

Dilaporkan, seorang lelaki menendang mangsa.

Media tempatan melaporkan, Stolze memaklumkan kepada polis dia diserang ketika membuat liputan berita. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya