Lelaki buktikan gemuk boleh jadi kurus - Utusan Malaysia

Lelaki buktikan gemuk boleh jadi kurus

ANDREW CROCKETT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Sejak dari bangku sekolah, seorang lelaki sering disindir kerana bentuk tubuh badannya yang gemuk gedempol.

Malah, saiz tubuh badannya sering menjadi bahan jenaka sehingga dia memasuki kolej.

Andrew Crockett, 38, mula menyedari sekiranya penghinaan itu masih berterusan boleh menyebabkan masalah mental kepada dirinya.

Lelaki itu yang bekerja di sebuah konsultan kewangan antarabangsa kerap melakukan perjalanan ke luar negara seperti Afrika dan Eropah.

Dalam satu destinasi yang dituju, dia perlu memanjat Gunung Sinai di Mesir dan mula termengah-mengah akibat berat badan berlebihan itu.

“Saya hanya mampu menghabiskan suku perjalanan dan menyewa unta untuk menghabiskan perjalanan itu.

“Saya dibenarkan menyewa unta itu walaupun saiz binatang itu lebih kecil daripada badan saya,” katanya.

Sejak itu, dia mula berazam ingin menurunkan berat badannya yang sudah mencecah 158 kilogram (kg) kerana bukan sahaja mengganggu kesihatan tetapi menjejaskan aktiviti hariannya.

Selepas pulang dari Mesir, Crockett yang berasal dari Fort Worth, terfikir untuk membuat janji temu dengan pakar bedah bagi menyedut lebihan lemak dalam tubuh badannya.

Namun, teman wanitanya sudah mendaftarkan dirinya dengan pusat gimnasium dan sejak itu dia mula menjalani pelbagai senaman seperti aerobik dan berbasikal.

Selain itu, dia turut mengambil makanan yang penuh khasiat untuk kesihatan dirinya.

Hasil usaha keras selama empat tahun, Crockett berjaya menurunkan berat badan sebanyak 84 kg sehingga menjadi 74 kg sekarang.

“Saya masih orang yang sama, hanya berat badan lebih ringan kerana banyak berbasikal,” kongsinya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya