Lebih 500 pendatang diselamatkan di Pulau Lampedusa - Utusan Malaysia

Lebih 500 pendatang diselamatkan di Pulau Lampedusa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Pasukan pengawal pantai Itali berjaya menyelamatkan seramai 539 pendatang dari sebuah bot nelayan yang hanyut di Pulau Lampedusa.

Lapor BBC, operasi menyelamat dijalankan semalam membabitkan jumlah pendatang paling tinggi ke kepulauan Itali dalam tempoh sehari.

Dilaporkan, golongan wanita dan kanak-kanak merupakan antara pendatang yang menaiki bot tersebut.

Sebahagian besar pendatang yang merentas Laut Mediterranean dari Libya juga menunjukkan tanda-tanda diserang.

Pihak pendakwa raya Itali membuka siasatan mengenai perkara tersebut.

Menurut seorang doktor dari badan kebajikan perubatan, Doktor Tanpa Sempadan (MSF), Alida Serrachieri, majoriti pendatang telah diserang secara fizikal di Libya sementara menunggu bot untuk membawa mereka ke Eropah.

Media tempatan melaporkan, pasukan penyiasat sedang menyiasat segala kemungkinan termasuk pendatang mungkin dipenjarakan secara paksa di Libya.

Dua kapal pengawal pantai dan sebuah kapal dari polis Guardia di Finanza membantu membawa kumpulan pendatang ke Lampedusa.

Datuk Bandar, Toto Martello menyifatkan operasi menyelamat itu sebagai salah satu misi paling besar yang dilaksanakan sejak kebelakangan ini.

Lampedusa merupakan antara lokasi utama bagi pendatang yang ingin sampai ke Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya