Lebih 30 orang maut dalam serangan di Niger - Utusan Malaysia

Lebih 30 orang maut dalam serangan di Niger

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIAMEY: Lebih 30 orang maut dalam serangan kumpulan bersenjata di negara Afrika Barat, Niger.

Lapor Al Jazeera, Kementerian Dalam Negeri mengesahkan perkara tersebut.

Jelas kementerian itu, kumpulan bersenjata menyerang kampung Darey Dey di wilayah Tillaberi yang berhampiran sempadan Mali dan membunuh 37 orang termasuk 14 kanak-kanak.

Menurut seorang pegawai tempatan kepada AFP, kumpulan bersenjata itu menyerang orang yang bekerja di ladang.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan dalang bertanggungjawab terhadap serangan itu namun beberapa kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan militan aktif di wilayah tersebut.

Darey Dey yang terletak kira-kira 40 kilometer timur bandar Banibangou, pernah diserang pada Mac lalu.

Berdasarkan data dikeluarkan oleh Human Rights Watch (HRW), lebih 420 orang awam terbunuh dalam serangan pemberontak di Tillaberi dan wilayah berdekatan Tahoua pada tahun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya