Lebih 200 gejala sindrom pasca Covid-19 - Utusan Malaysia

Lebih 200 gejala sindrom pasca Covid-19

PETUGAS perubatan memeriksa pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin kendiri di rumah di Bandung, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Dengan hampir 200 juta populasi dunia sudah dijangkiti Covid-19, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menzahirkan kebimbangan mengenai ‘jumlah yang tidak dikenal pasti’ melibatkan golongan yang mungkin masih mengalami gejala koronavirus.

Sehubungan itu, WHO menggesa golongan tersebut supaya mendapatkan bantuan perubatan segera.

WHO sifatkan mempunyai gejala Covid-19 dalam tempoh lama menjadi satu daripada ‘aspek misteri’ dalam pandemik yang berlaku ketika ini.

Ketua Teknikal WHO, Maria Van Kerkhove berkata, sindrom pasca Covid-19 atau masih mempunyai gejala dalam tempoh panjang menjadi isu yang dibimbangi oleh agensi kesihatan tersebut.

Katanya, WHO sentiasa berusaha untuk mengenal pasti jumlah mereka yang alami masalah tersebut kerana situasi itu adalah benar dan sedang berlaku di seluruh dunia.

“Ramai yang sudah dijangkiti Covid-19 berdepan dengan kesan jangka panjang.

“Kita tidak tahu berapa lama kesan ini akan bertahan dan WHO sentiasa berusaha untuk memahami tentang sindrom pasca Covid-19,” katanya.

Selain itu, Kerkhove menjelaskan, WHO bekerjasama dengan pelbagai program pemulihan untuk membantu bekas pesakit Covid-19 yang masih mempunyai gejala.

Ketua Penjagaan Klinikal WHO, Janet Diaz pula memaklumkan, terdapat lebih 200 gejala sindrom pasca Covid-19.

Antaranya termasuk sakit dada, rasa kebas dan ruam pada badan dengan ada sesetengah pesakit mempunyai gejala itu selama tiga hingga enam bulan.

“Kami masih belum mengetahui punca simptom pasca Covid-19 ini dan perkara yang terbaik untuk dilakukan adalah mendapatkan bantuan perubatan,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya