Lebih 150,000 penduduk dipindahkan dari laluan kawanan gajah - Utusan Malaysia

Lebih 150,000 penduduk dipindahkan dari laluan kawanan gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Lebih 150,000 penduduk dipindahkan dari laluan sekumpulan kawanan gajah yang melakukan pengembaraan jauh daripada habitat asalnya.

Lapor BBC, pihak berkuasa di barat daya wilayah Yunnan bimbang konflik tercetus antara penduduk dan kawanan 14 gajah Asia yang melakukan perjalanan selama beberapa bulan.

Media tempatan melaporkan lebih 25,000 anggota polis menggunakan kenderaan dan dron untuk memantau pergerakan kawanan gajah itu.

Kawanan gajah itu meninggalkan kawasan hutan di Yunnan kira-kira 17 bulan lalu.

Sejak itu, pengembaraan kawanan gajah tersebut mendapat perhatian antarabangsa selepas melakukan perjalanan sejauh 500 kilometer (km) dan menyaksikan mereka mengembara di ladang, bandar, makan tanaman dan merosakkan bangunan sepanjang perjalanannya.

Ketika kawanan gajah itu menghampiri penempatan, penduduk dipindahkan sementara untuk mengelakkan konflik ketika mereka berusaha melindungi tanaman dan rumah mereka.

Ketua pasukan yang memantau haiwan itu, Wan Yong berkata, kawanan gajah tersebut sudah menyeberangi Sungai Yuanjiang dan sedang menuju ke arah selatan.

Katanya, pagar elektrik, umpan dan jalan buatan telah digunakan untuk memastikan kawanan gajah itu mengikut laluan yang betul. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya