Korban gempa Haiti kini 2,189 orang - Utusan Malaysia

Korban gempa Haiti kini 2,189 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT-AU-PRINCE: Jumlah korban akibat gempa bumi kuat yang melanda Haiti pada Sabtu lalu meningkat kepada 2,189 orang dengan situasi semasa masih berdepan kesukaran.

Agensi Perlindungan Pertahanan Haiti memaklumkan, lebih 12,260 cedera dalam gempa bumi yang berlaku kira-kira 160 kilometer ke barat Port-Au-Prince.

Selain itu, dianggarkan 332 orang masih hilang dan operasi mencari serta menyelamat masih dilakukan.

Puluhan ribu bangunan dan infrastruktur dilaporkan musnah dalam gempa tersebut dengan penduduk kehilangan tempat tinggal.

Operasi penyaluran bantuan ke Haiti berdepan kesukaran apabila negara ini dilanda Ribut Tropika Grace yang membawa hujan lebat serta angin kencang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya