Korban banjir di Tennessee meningkat 21 orang - Utusan Malaysia

Korban banjir di Tennessee meningkat 21 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Bencana banjir yang melanda negeri Tennessee sejak beberapa hari lalu menyaksikan sekurang-kurangnya 21 orang maut dan puluhan hilang.

Negeri di selatan Amerika Syarikat (AS) ini dilanda ribut dan hujan lebat sehingga menyebabkan banjir pada Sabtu lalu.

Beberapa jalan utama termasuk lebuh raya dan jambatan dinaiki air, selain bekalan elektrik juga terputus.

Seramai 20 maut di pekan Waverly di daerah Humphreys, menurut ketua polis, Grant Gillespie.

Katanya, setakat ini seramai 40 orang dilaporkan hilang, namun menjelang tengah hari semalam, angka itu menurun kepada 20 orang.

Antara mangsa yang hilang termasuk sejumlah kanak-kanak.

“Air naik begitu cepat sehingga penduduk tidak sempat untuk melarikan diri.

“Operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan, termasuk dari rumah ke rumah untuk memastikan keadaan penduduk,” katanya. – AFP

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya