NEW YORK: Ketua kumpulan cauvinis Barat, Proud Boys dikenakan hukuman penjara selama hampir enam bulan atas kesalahan membakar bendera Black Lives Matter yang dicuri pada Disember lalu.
Lapor BBC, Enrique Tarrio, 37, mengaku bersalah membakar bendera dan cuba memiliki sejumlah besar peranti peluru.
Tarrio yang muncul menerusi video di mahkamah, memohon maaf atas perbuatannya dan memaklumkan tiada alasan bagi tindakan dilakukan itu.
Tarrio akan dibawa ke penjara pada 6 September depan untuk memulakan hukuman penjara selama 155 hari.
Menurut pihak pendakwa raya, Tarrio dan ahli kumpulan Proud Boys lain menanggalkan sepanduk dari Gereja Methodist Asbury United pada 12 Disember dan bertindak membakarnya.
Kejadian itu merupakan sebahagian daripada demonstrasi pro-Trump sebagai protes kepada kemenangan Joe Biden dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS).
Beberapa hari kemudian, Tarrio menerusi temubual bersama Washington Post mengaku turut terlibat membakar sepanduk tersebut.
Hakim Mahkamah Tinggi DC Harold Cushenberry percaya Tarrio dengan sengaja telah melangkaui batasan pada perhimpunan dan bantahan secara aman untuk mencetuskan keganasan. – AGENSI