Kes varian Delta naik lebih 100% di Jakarta - Utusan Malaysia

Kes varian Delta naik lebih 100% di Jakarta

ORANG RAMAI beratur mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di Jakarta, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Badan Penelitian dan Perkembangan Kementerian Kesihatan Indonesia merekodkan sebanyak 617 kes jangkitan Covid-19 akibat penularan varian Delta di Jakarta.

Jumlah itu meningkat secara mendadak dengan 302 kes dicatatkan pada 16 Ogos lalu sebelum meningkat 617 kes kelmarin.

Lapor CNN Indonesia, peningkatan itu bersamaan 100.4 peratus atau dua kali ganda dalam tempoh lima hari.

Kesemua kes tersebut dikesan berdasarkan ujian Whole Genome Sequence (WGS) yang dijalankan terhadap 1,286 spesimen yang diperoleh di bandar ini.

Jakarta menjadi antara wilayah yang paling banyak melakukan ujian WGS berbanding 33 wilayah lain.

Biarpun kes jangkitan varian Delta meningkat di Jakarta, jumlah keseluruhan kes di bandar raya ini masih merekodkan penurunan.

Jika sebelum ini kes harian kumulatif direkodkan sebanyak 8,942 dalam tempoh seminggu dari 9 hingga 15 Ogos, kini kes menurun kepada 5,490 dari 16 hingga 22 Ogos.

Kes kematian akibat virus maut itu juga menurun dari 252 kepada 151 dalam tempoh seminggu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya