Kerajaan demokrasi bayangan Myanmar lancar program radio - Utusan Malaysia

Kerajaan demokrasi bayangan Myanmar lancar program radio

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kerajaan demokrasi bayangan Myanmar melancarkan porgram radioa harian untuk ‘menentang’ media yang disokong oleh junta tentera.

Program radio yang dinamakan sebagai ‘Radion Kerajaan Perpaduan Kebangsaan (NUG)’ itu ke udara dengan menyampaikan maklumat mengenai situasi semasa Covid-19, butiran tentang kekejaman junta tentera dan bacaan surat yang dikirim penyokong demokrasi.

Program itu juga menyediakan seksyen khas untuk kumpulan pejuang yang menentang junta tentera.

Ketika melancarkan program tersebut, NUG turut menggesa para pendengar supaya mendapatkan radio dan mendengarkan rancangan mereka.

Pelancaran itu juga dimaklumkan dalam Facebook NUG, namun tidak menjelaskan mengenai frekuensi saluran radio berkenaan.

Junta tentera Myanmar sebelum ini menyifatkan NUG sebagai kumpulan pengganas dan mana-mana pihak yang berkomunikasi dengan mereka, termasuk media boleh dikenakan tindakan undang-undang. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya