Kerajaan Mexico saman pengeluar senjata AS - Utusan Malaysia

Kerajaan Mexico saman pengeluar senjata AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Kerajaan Mexico memfailkan saman terhadap beberapa pengeluar senjata terbesar di Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan mencetuskan lebih banyak pertumpahan darah menerusi amalan perniagaannya.

Lapor BBC, tuntutan saman itu mendakwa syarikat tersebut sedar akan tindakannya menyumbang kepada aktiviti penyeludupan senjata haram yang secara tidak langsung dikaitkan dengan banyak kes kematian.

Menurut pegawai, kerajaan Mexico meminta pampasan sebanyak AS$10 bilion (RM42.16 bilion), meskipun jumlah tersebut akan diputuskan oleh mahkamah.

Antara syarikat tersenarai dalam tuntutan saman itu adalah Smith & Wesson dan Barrett Firearms.

Tuntutan saman itu difailkan di Mahkamah Persekutuan Massachusetts semalam.

Tuntutan saman itu antara lain menyatakan kerajaan Mexico mengambil tindakan undang-undang untuk menghentikan kerosakan besar dicetuskan oleh syarikat berkenaan yang memudahkan penyeludupan senjata haram kepada kartel dadah dan penjenayah lain di negara itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya