PHNOM PENH: Kemboja hari ini memulakan suntikan vaksin Covid-19 kepada golongan remaja berusia 12 hingga 17 tahun di sini dan tiga lagi wilayah.
Cucu Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen merupakan antara yang menerima vaksin Covid-19.
Jelas Hun Sen, vaksinasi untuk golongan remaja adalah satu daripada langkah untuk membentu imuniti kelompok.
“Golongan muda di negara ini merupakan pelapis dan generasi akan datang yang akan mentadbir Kemboja.
“Jika kebajikan kesihatan mereka diabaikan, apakah yang akan berlaku kepada negara kita?,” katanya.
Tiga lagi wilayah yang memulakan program vaksinasi terhadap golongan remaja adalah Kandal, Koh Kong dan Preah Sihanouk.
Dianggarkan kira-kira dua juta remaja akan terima suntikan vaksin Covid-19 di seluruh negara.
Beberapa negara Eropah seperti Denmark, Perancis dan Lithuania sudah pun memulakan program vaksinasi melibatkan golongan remaja. – AFP