Kebakaran hutan di Greece seperti dalam 'filem seram' - Utusan Malaysia

Kebakaran hutan di Greece seperti dalam ‘filem seram’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEFKI, Greece: Ribuan penduduk meninggalkan pulau Evia ketika kebakaran hutan yang kini masuk hari keenam terus merebak dan sukar dikawal.

Kebakaran hutan di Evia yang merupakan pulau kedua terbesar di Greece merebak dengan cepat dan memusnahkan riban hektar kawasan.

Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Mina memberitahu, keadaan ketika ini sama seperti dalam ‘filem seram’.

“Apa yang berbeza adalah, keadaan ketika ini adalah benar-benar berlaku dan amat menakutkan,” katanya selepas menaiki feri untuk dibawa keluar dari Evia.

Sejak Selasa minggu lalu, pasukan kecemasan memindahkan lebih 2,000 penduduk, termasuk warga emas dari pelbagai kawasan di Evia yang dihubungkan dengan daratan menerusi jambatan.

Ada juga penduduk yang melarikan diri dengan berjalan kaki semalaman.

“Api di mana-mana sehingga kami tidak nampak apa di depan kami,” kata seorang lagi penduduk. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya