Kebakaran hutan Algeria: Angka kematian meningkat kepada 42 orang - Utusan Malaysia

Kebakaran hutan Algeria: Angka kematian meningkat kepada 42 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALGIERS: Kebakaran hutan yang diburukkan lagi dengan suhu panas melampau dan keadaan kering, mengakibatkan sekurang-kurangnya 42 maut orang di Algeria.

Pihak berkuasa mengesahkan perkara itu sambil mendakwa kebakaran itu ada kaitan dengan perbuatan jenayah.

Semalam, seramai 25 tentera dan 17 orang awam maut dalam kejadian itu.

Beberapa gambar yang dimuat naik di laman media sosial menunjukkan kebakaran besar dan asap menyelubungi langit di kawasan hutan berbukit di wilayah Kabylie, timur Algiers.

Presiden Abdelmadjid Tebboune dalam satu ciapan di Twitter menzahirkan ucapan takziah atas kematian mangsa.

Beliau menyifatkan tentera yang terkorban sebagai `syahid’ ketika mereka cuba menyelamatkan penduduk di kawasan Bejaiea dan Tizi Ouzou.

Sementara itu, Kementerian Pertahanan memaklumkan pasukan tentera itu berjaya menyelamatkan kira-kira 110 orang termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak dari kawasan kebakaran itu.

Sekurang-kurangnya 14 anggota tentera mengalami kecederaan yang berbeza dalam operasi penyelamatan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya