Kebakaran hutan Algeria: 36 suspek ditahan - Utusan Malaysia

Kebakaran hutan Algeria: 36 suspek ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALGIERS: Polis Algeria memaklumkan pihaknya sudah menahan 36 orang termasuk tiga wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian kebakaran hutan di negara itu.

Kebakaran yang disebabkan gelombang panas telah mengorbankan sekurang-kurangnya 90 orang di negara Afrika Utara sejak beberapa hari lalu.

Malah, pihak berkuasa berulang kali menyalahkan penjenayah bertanggungjawab atas kebakaran tersebut.

“Siasatan awal terhadap pembunuhan Djamel Ben Ismail membawa kepada penahanan 36 suspek termasuk tiga wanita,” kata ketua polis Mohamed Chakour kepada wartawan.

Menurut Mohamed Chakour, Djamel, 38, menyerah diri di sebuah balai polis di wilayah Tizi Ouzou selepas mendapati dia juga disyaki dalam penglibatan itu.

Katanya, sekumpulan besar orang berkumpul di luar balai polis itu.

Beberapa video yang dimuat naik di laman media sosial menunjukkan orang ramai di pekan Larbaa Nath Irathen mengelilingi sebuah van polis dan bertindak memukul seorang lelaki di dalam kenderaan tersebut.

Orang ramai menyeret keluar lelaki berkenaan dan membakarnya dengan beberapa individu mengambil selfie insiden tersebut.

Gambar tersebut menjadi tular di laman media sosial dan mencetuskan kemarahan di Algeria. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya