Kebakaran di Sepanyol: Ratusan penduduk berpindah - Utusan Malaysia

Kebakaran di Sepanyol: Ratusan penduduk berpindah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Kebakaran yang berlaku di wilayah Avila di Sepanyol memaksa ratusan penduduk berpindah dari kediaman mereka semalam.

Kejadian itu ketika cuaca panas melanda sebahagian besar negara itu.

Kebakaran yang melanda bandar Navalacruz sejak pagi Sabtu lalu, menjadi buruk dengan angin kencang mencecah sehingga 70 kilometer sejam (km/j) di seluruh Semenanjung Iberia.

Pengarah Jabatan Perhutanan wilayah Castilla y Leon, Jose Angel Arranz berkata, setakat ini, lebih 5,000 hektar terbakar dengan api marak meliputi kawasan lebih 40 kilometer.

Pihak berkuasa sudah memindahkan sekurang-kurangnya 600 penduduk dari lima pekan di daerah Avila, berhampiran kawasan pergunungan Sierra de Gredos.

Lebih 500 anggota bomba juga telah dikerahkan untuk memadamkan kebakaran tersebut dengan bantuan pesawat khas.

Sementara itu, kira-kira 80 kilometer ke selatan, satu lagi kebakaran berlaku berhampiran El Rasi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN