Keadaan kecoh di lapangan terbang Kabul, lima maut - Utusan Malaysia

Keadaan kecoh di lapangan terbang Kabul, lima maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Sekurang-kurangnya lima maut apabila orang ramai berpusu-pusu memenuhi lapangan terbang Kabul untuk melarikan diri selepas Taliban menguasai negara ini.

Kematian itu dikaitkan dengan tindakan orang ramai cuba memanjat aerobridge yang digunakan untuk memasuki pesawat sebelum mereka terjatuh dan menghempap orang di bawah.

Sebelum itu, pasukan tentera AS dilaporkan terpaksa melepaskan tembakan ke udara di lapangan terbang Kabul selepas keadaan mula tidak terkawal apabila orang ramai berasak-asak mahu menaiki pesawat meninggalkan negara ini.

Bunyi tembakan boleh didengari dalam beberapa rakaman video yang dikongsi dalam media sosial.

Tentera AS kini mengawal dan menguasai lapangan terbang Kabul bagi memastikan semua proses pemindahan berjalan lancar.

Sementara itu, sejumlah penduduk Afghanistan yang sebelum ini melarikan diri ke Pakistan sudah mula masuk semula ke negara ini selepas Taliban memberi jaminan akan membentuk kerajaan yang lebih baik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya