OTTAWA: Kanada akan menghantar pasukan khas ke Afghanistan untuk menutup pejabat kedutaannya di Kabul.
Sumber bagaimanapun tidak memberitahu berapa jumlah anggota keselamatan yang akan dihantar ke negara yang sedang bergolak itu.
Keputusan itu dibuat selepas Amerika Syarikat (AS) akan menutup pejabat kedutaannya juga di ibu negara Afghanistan serta menghantar 3,000 tentera sementara bagi membantu urusan pemindahan rakyat mereka.
Britain dalam masa sama akan menghantar seramai 600 tentera ke Afghanistan bagi membantu rakyatnya meninggalkan negara itu di sebalik kebimbangan mengenai keselamatan di sana.
Sebelum ini, seramai 40,000 tentera Kanada dikerahkan ke Afghanistan selama 13 tahun sebagai sebahagian daripada misi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebelum diarahkan keluar semula pada 2014.
Taliban yang memerintah negara itu sejak 1996 sebelum diambil alih AS selepas serangan 9/11, sudah menguasai semula 12 daripada 34 wilayah di Afghanistan. -AP