SINGAPURA: Timbalan Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris mengutuk China ketika berucap dalam rangka lawatan di Singapura.
Harris menuduh Beijing ‘sengaja mencetuskan ketakutan di Laut China Selatan’ yang sebahagian besarnya dituntut oleh China dah beberapa negara lain.
Jelas Harris, AS akan sentiasa berdiri teguh bersama sekutunya dalam menghadapi sebarang ancaman.
Kunjungan Harris ke Asia Tenggara dilihat sebagai cubaan untuk memulihkan hubungan AS dengan rantau ini.
“Tuntutan China terhadap sebahagian besar kawasan di Laut China Selatan kebanyakannya dilakukan dengan paksaan dan sengaja mencetuskan situasi tidak stabil,” katanya.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, China dilaporkan ‘aktif’ membangunkan pelbagai infrastruktur di wilayah Laut China Selatan yang dituntut.
Tindakan itu mencetuskan rasa tidak puas hati pelbagai pihak termasuk negara serantau dan AS.
Sementara itu, Harris dijangka mengunjungi Vietnam hari ini.