SYDNEY: Juruterbang penerbangan antarabangsa Australia yang menganggur sepanjang pandemik Covid-19 dilatih untuk menguruskan mesin penuaian gandum bagi membantu golongan petani yang kekurangan tenaga kerja.
Lapor ABC News, petani gandum di Australia Barat menuai kira-kira 14.5 juta tan gandum pada musim ini.
Namun, mereka berdepan kesukaran untuk mengeluarkan hasil tuaian kerana kekurangan tenaga kerja selepas pihak berkuasa melaksanakan perintah berkurung bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19.
Pelatih pertanian, Ley Webster berkata, Australia Barat berdepan kekurangan kira-kira 1,000 operator mesin penuai.
“Sehubungan itu, kami membuat keputusan untuk melatih juruterbang yang tidak dapat melakukan penerbangan antarabangsa untuk menjadi operator mesin tuai.
“Setakat ini, sudah sembilan juruterbang mengikuti kursus latihann itu dan kami berharap lebih ramai yang akan menyertai program ini,” katanya.
Jelas Webster, mengemudi kapal terbang mungkin ‘lebih mudah’ daripada menguruskan mesin tuai.