Jururawat antivaksin bagi suntikan air garam kepada 8,600 orang - Utusan Malaysia

Jururawat antivaksin bagi suntikan air garam kepada 8,600 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERLIN: Seorang jururawat anti vaksin di Jerman didakwa tidak memberikan suntikan vaksin Covid-19 kepada 8,600 individu, sebaliknya hanya memberikan larutan air garam.

Daily Mail melaporkan, hasil siasatan polis mendapati jururawat dari Palang Merah itu memberikan ribuan suntikan palsu kepada golongan lebih berusia di utara Jerman.

Oleh itu, pihak berkuasa meminta ribuan orang yang menerima suntikan pertama di pusat pemberian vaksin di Friesland mendapatkan semula suntikan vaksin sebenar.

Pihak polis memaklumkan motif suspek belum jelas dan dia didapati mempunyai pandangan skeptikal mengenai vaksin dalam hantaran media sosial.

Walaupun larutan air garam itu tidak berbahaya, kebanyakan individu yang hadir menerima suntikan vaksin di Jerman pada Mac dan April lalu merupakan golongan berusia berisiko tinggi dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu.

Sehingga sekarang belum dapat dikenal pasti sama ada suspek sudah ditahan atau didakwa berhubung kes itu, sementara, menurut NDR, kes itu dikendalikan oleh unit khas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya