Junta Myanmar mahu rekrut penduduk kampung jadi tentera - Utusan Malaysia

Junta Myanmar mahu rekrut penduduk kampung jadi tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Junta Myanmar bercadang untuk meningkatkan jumlah penyertaan penduduk kampung sebagai anggota tentera bagi menentang mana-mana kumpulan yang cuba menjatuhkan pentadbirannya.

Tindakan itu diambil susulan kerajaan Myanmar yang kini ditadbir junta tentera berdepan kesukaran untuk mengawal situasi semasa di negara ini.

Sejak rampasan kuasa berlaku pada Februari lalu, Myanmar berdepan dengan beberapa siri tunjuk perasaan oleh pebyokong demokrasi sehingga mencetuskan pertumpahan darah dan ribuan penduduk maut.

Namun, cadangan junta itu dilihat mungkin tidak berjaya memandangkan tidak ramai penduduk kampung bersedia untuk menyertai pasukan tentera kerana kemarahan mereka terhadap ketenteraan yang disifatkan zalim.

Pertempuran meluas melibatkan kumpulan pejuang etnik dan penduduk awam dengan pasukan tentera terus berlaku di seluruh negara.

Pada Jun lalu, empat penunjuk perasaan dan dua anggota tentera maut dalam insiden berbalas tembakan di Mandalay.

Sejak rampasan kuasa berlaku, lebih 1,000 penduduk terbunuh akibat ditembak junta. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya