Junta janji pilihan raya Myanmar 2023 - Utusan Malaysia

Junta janji pilihan raya Myanmar 2023

MIN AUNG HLAING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Ketua tentera Myanmar, Min Aung Hlaing semalam memberi jaminan bahawa pilihan raya akan dilakukan dan perintah darurat akan ditarik balik menjelang Ogos 2023.

Menerusi ucapan yang disiarkan dalam televisyen, Aung Hlaing berkata, pilihan raya tersebut akan dilakukan secara menyeluruh melibatkan semua parti politik di negara ini.

Pengumuman itu secara tidak langsung meletakkan Myanmar dalam ‘genggaman junta’ selama dua tahun setengah, berbanding tempoh setahun yang dijanjikan semasa permulaan rampasan kuasa pada Februari lalu.

Junta tentera sebelum ini mendakwa pilihan raya tahun lalu yang dimenangi parti Liga Kebangsaan Demokrasi (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi dipenuhi dengan penipuan.

Pada minggu lalu, junta membatalkan keputusan pilihan raya itu secara rasmi dan memaklumkan pihaknya mengenal pasti sebanyak 11 juta penipuan undi.

Sementara itu, beberapa kumpulan penunjuk perasaan berhimpun dan beberarak di beberapa bandar di seluruh Myanmar, enam bulan selepas junta melakukan rampasan kuasa.

Penunjuk perasaan dilaporkan berlaku di pekan Kale, utara Myanmar dan Yangon. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya