Jumlah kes Covid-19 di Thailand lepasi sejuta - Utusan Malaysia

Jumlah kes Covid-19 di Thailand lepasi sejuta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kementerian Kesihatan Umum Thailand mengesahkan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di negara ini sudah melepasi sejuta kes.

Thailand hari ini merekodkan sebanyak 19,851 kes jangkitan baharu dengan 240 kematian dalam tempoh 24 jam.

Lapor Bangkok Post, sebanyak 19,526 kes jangkitan baharu dikesan dalam kalangan komuniti dengan 325 lagi melibatkan banduan dalam penjara.

Secara keseluruhannya, Thailand merekodkan 1,009,710 kes jangkitan sejak pandemik bermula dengan 8,826 kematian.

Pada awal minggu ini, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-O-Cha menerusi Facebook memaklumkan sekiranya sekatan dan perintah berkurung yang dilaksanakan berkesan mengurangkan kadar jangkitan, maka beberapa peraturan akan dilonggarkan bermula bulan depan.

Pengumuman itu dibuat selepas banyak pihak mengkritik cara kerajaan menguruskan pandemik Covid-19 di negara ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya