'Jangan lupakan Afghanistan' - sukarelawan UK - Utusan Malaysia

‘Jangan lupakan Afghanistan’ – sukarelawan UK

KITTY CHEVALLIER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Jangan lupakan Afghanistan. Itu kata-kata terakhir seorang petugas kebajikan dari Hampshire, United Kingdom (UK) ketika meninggalkan negara itu menerusi pesawat pemindahan, pagi Isnin lalu.

Walaupun Kitty Chevallier, 24, bersyukur dapat meninggalkan negara itu ketika Taliban menawan Kabul, namun, dia tetap rindu dengan kerja-kerja kebajikan yang dilakukan dalam tempoh setahun.

Dia sedar dirinya begitu beruntung dapat dibantu keluar dari Afghanistan, ketika orang lain termasuk rakan sekerjanya masih terkandas.

“Semasa kami tiba di lapangan terbang pada pukul 4.00 pagi, landasan kapal terbang sudah dipenuhi dengan ratusan keluarga Afghanistan yang berharap dapat keluar ke negara lain.

“Antara peristiwa paling pelik semasa berada dalam pesawat adalah kita tidak mengetahui bila akan dapat kembali ke negara itu semula dan bagaimana keadaan bandar itu selepas ini,” katanya kepada agensi berita PA Media.

Chevallier bertugas di Kabul sejak September tahun lalu dengan Afghanaid yang merupakan badan kebajikan berdaftar di UK bagi memperjuangkan hak wanita dan membekalkan air bersih serta penjagaan aspek kebersihan dalam kalangan penduduk Afghanistan.

Dalam pada itu, dia berharap pihak kerajaan UK meningkatkan bantuan ke Afghanistan dan meluaskan kriteria individu yang boleh memasuki negara itu melibatkan petugas bantuan dan aktivis masyarakat terutamanya golongan wanita.

Sebanyak 2,000 permohonan rakyat Afghanistan sudah diluluskan dan lebih banyak permohonan sedang diproses.

Kerajaan UK menyatakan komitmen menerima 20,000 pelarian Afghanistan dalam beberapa tahun akan datang menerusi skim penempatan semula.

Sebelum ini, puluhan ribu penduduk Afghanistan akan ditawarkan suaka di Britain di bawah pelan kecemasan yang dilakukan oleh kerajaan UK.

Golongan wanita dan kanak-kanak perempuan akan diberikan keutamaan di bawah program tersebut.-BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN