Israel, Maghribi capai persetujuan buka kedutaan - Utusan Malaysia

Israel, Maghribi capai persetujuan buka kedutaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CASABLANCA: Israel dan Maghribi bersetuju untuk membuka kedutaan di tempat masing-masing dalam tempoh terdekat.

Menteri Luar Israel, Yair Lapid memaklumkan mengenai perkara itu semalam pada akhir lawatan pertamanya ke negara ini sejak kedua-dua pihak menormalisasikan hubungan diplomatik.

“Keputusan sudah dicapai bersama Menteri Luar Maghribi iaitu Nasser Bourita bahawa kami akan membuka kedutaan penuh di Tebing barat serta di negara ini dalam tempoh beberapa bulan akan datang,” kata Lapid.

Pada Disember tahun lalu, Maghribi menjadi negara Arab keempat yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Sudan.

Selain itu, pejabat perhubungan Israel turut dibuka di Rabat.

Lapid dalam pada itu mengalu-alukan kerjasama dengan negara Arab, malah memberitahu ada lagi negara lain yang bakal menjalin hubungan dengan Israel.

Beliau juga mengumumkan Israel akan membuka kedutaan di Bahrain. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya