Indonesia kesan tiga kes varian Delta plus - Utusan Malaysia

Indonesia kesan tiga kes varian Delta plus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia mengesan tiga kes jangkitan Covid-19 melibatkan varian baharu iaitu ‘Delta plus’ di Sumatera dan Sulawesi.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi berkata, varian Delta plus atau AY.1 itu dikenal pasti pada awal minggu ini pada dua pesakit di wilayah Jambi di Sumatera dan Mamuju di Sulawesi Barat.

Katanya, Delta plus merupakan varian Covid-19 yang lagi mudah merebak serta berjangkit berbanding sebelum ini.

“Varian Delta plus bertindak dengan memperbahrui protein dan menjangkiti manusia dengan lebih cepat,” katanya.

Penemuan itu menyaksikan Indonesia menyertai beberapa negara lain yang turut mengesan kemunculan Delta plus iaitu Jepun, Nepal, Poland, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Portugal, Switzerland, China, Rusia dan India.

Sehubungan itu, para saintis di negara ini menggesa agar langlah pencegahan yang lebih ketat dilaksanakan dengan segera.

“Kadar ujian saringan Covid-19 perlu ditigkatkan supaya langlah pencegahan dapat dilakukan segera,” ujar pakar kesihatan, Tjandra Yoga.

Sebanyak 37,284 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan di Indonesia semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya