Ibu tergamam hilang lima anak sekali gus dalam kebakaran di AS - Utusan Malaysia

Ibu tergamam hilang lima anak sekali gus dalam kebakaran di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ILLINOIS: Seorang wanita tidak dapat menahan kesedihan apabila kesemua lima orang anaknya terkorban dalam kebakaran di rumah mereka.

Lebih menyayat hati, insiden itu berlaku pada hari jadi Sabrina Dunigan, 34.

Tragedi itu berlaku di sebuah flat di St Louis, di sini dan mengorbankan Deontay Dunigan, sembilan, kembar Heaven dan Neveah (tujuh tahun), Jabari Johnson (empat tahun) dan Loyal Dunigan (dua tahun).

Menurut polis, ketika kejadian, Sabrina meninggalkan anak-anaknya di rumah sebentar untuk menghantar kawannya pulang.

Sebaik sahaja dia balik, rumahnya sudah terbakar dengan anak-anaknya berada di dalam.

“Sabrina cuba masuk ke dalam rumahnya untuk menyelamatkan anak-anaknya, namun keadaan api terlalu marak,” jelas polis.

Pasukan bomba kemudiannya dikerah ke lokasi kejadian dan memadamkan kebakaran.

Bomba menemukan dua mayat anaknya di dalam bilik, dengan tiga lagi tidak sedarkan diri.

Tiga anak Sabrina kemudiannya dikejarkan ke hospital, namun mereka disahkan meninggal dunia.

Lima bulan sebelum ini, rumah sekeluarga itu pernah terbakar, namun mereka terselamat.

Punca kebakaran masih disiasat dan orang ramai menzahirkan rasa sedih terhadap keluarga Sabrina.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya