BUDAPEST: Bagi membuktikan kecintaan kepada pasangan masing-masing, seramai 40 penduduk Hungary sanggup mengendong isteri mereka di belakang badan dalam pertandingan kali kedua yang dianjurkan di negara itu.
Penganjur acara itu, Gergely Guraly berkata, pertandingan kali pertama diadakan Oktober lalu hanya menarik minat 12 pasangan sahaja.
“Kita sudah melalui saat sukar disebabkan pandemik Covid-19 dan kita perlu merasai kegembiraan dan keceriaan di tempat terbuka,” katanya.
Guraly berkata, pihaknya melakukan persiapan pertandingan itu sejak Januari lalu.
Pertandingan mendukung isteri merupakan tradisi yang dianjurkan di Finland sejak 1990. -REUTERS