Hanya 6.7 peratus penduduk Thailand sudah lengkap vaksinasi Covid-19 - Utusan Malaysia

Hanya 6.7 peratus penduduk Thailand sudah lengkap vaksinasi Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Hanya 6.7 peratus penduduk Thailand sudah menerima vaksinasi lengkap, manakala 23 peratus lagi baru menerima suntikan dos pertama.

Statistik itu dikeluarkan oleh Kementerian Inovasi, Kajian, Sains dan Pendidikan Tinggi Thailand hari ini.

Lapor Nation Thailand, Phuket menjadi satu-satunya wilayah dengan majoriti penduduknya sudah divaksin.

Kira-kira 76 peratus penduduk Phuket sudah divaksi, diikuti oleh Bangkok (70 peratus), wilayah rayong (41.6 peratus) dan Phang Nga (41 peratus).

Lebih 20 juta dos vaksin sudah diberikan kepada penduduk di seluruh negara dengan 10 juta dos pertama diberikan dalam tempoh 124 hari dan d10 juta dos lagi hanya mengambil masa 36 hari.

Selain itu, 0.3 peratus populasi Thailand sudah menerima dos ketiga vaksin Covid-19 dengan kebanyakannya adalah petugas perubatan.

Kerajaan Thailand juga bakal menyimpan dos vaksin keluaran Pfizer yang disumbangkan oleh Amerika Syarikat (AS) untuk petugas barisan hadapan dan perubatan.

Setakat ini, Thailand hanya menggunakan dua jenis vaksin Covid-19 iaitu keluaran Sinovac dan AstraZeneca.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya