Guru belum divaksin, positif Covid-19 jangkiti 12 pelajar - Utusan Malaysia

Guru belum divaksin, positif Covid-19 jangkiti 12 pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang guru yang belum menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah sekolah rendah di California didakwa menyebarkan virus maut itu kepada sekurang-kurangnya 26 orang termasuk 12 pelajar.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), insiden itu berlaku di daerah Marin di pinggir San Francisco.

Guru tersebut yang dilaporkan menghadiri satu majlis sosial antara 13 hingga 16 Mei lalu mula menunjukan gejala jangkitan pada 19 Mei lepas.

Namun, dia tidak melakukan ujian Covid-19 sehingga 21 Mei kerana percaya gejala tersebut disebabkan oleh alahan sebelum disahkan positif.

Susulan itu, seramai 22 daripada 24 pelajarnya menjalani ujian Covid-19 dengan 12 orang disahkan positif Covid-19.

Dalam pada itu, 22 daripada 26 yang dijangkiti menunjukkan gejala seperti demam, batuk, sakit kepala dan tekak, selain tiada seorang pun daripada mereka dimasukkan ke hospital. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya