Guru AS disaran wajib ambil vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Guru AS disaran wajib ambil vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Vaksinasi Covid-19 perlu diwajibkan kepada golongan guru di Amerika Syarikat (AS) bagi melindungi golongan murid yang masih kecil untuk divaksin.

Presiden Perguruan Persekutuan AS, Randi Weingarten berkata, adalah menjadi keperluan untuk semua guru menerima vaksin Covid-19 sebelum memulakan sesi persekolahan.

Katanya, langkah itu penting untuk melindungi golongan murid berusia bawah 12 tahun daripada jangkitan Covid-19, memandangkan mereka belum layak untuk menerima vaksin.

“Keadaan ketika ini sudah berubah kerana jumlah kanak-kanak yang dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 semakin meningkat di seluruh negara.

“Varian Delta lebih mudah berjangkit kepada kanak-kanak berbanding varian Alpa sebelum ini,” katanya.

Menurut White House, hampir 90 peratus guru dan petugas sekolah sudah divaksin.

Terdahulu, semakin banyak syarikat membuat keputusan mewajibkan vaksinasi kepada pekerja masing-masing bagi mengekang penularan Covid-19.

Beberapa negeri termasuk California, New York dan Virginia turut mewajibkan semua penjawat awam supaya divaksin.

AS merekodkan lebih 100,000 kes jangkitan baharu sehari dalam tempoh dua hari lalu dengan purata 400 kematian sehari. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya