Gunung Merapi meletus lagi, alirkan lahar paling banyak - Utusan Malaysia

Gunung Merapi meletus lagi, alirkan lahar paling banyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYAKARTA: Gunung berapi paling aktif di Indonesia, Merapi dilaporkan meletus hari ini dengan mengalirkan lahar panas sejauh 3.5 kilometer.

Bunyi letusan boleh didengari dari jarak beberapa kilometer, menyaksikan debu panas setinggi 600 meter dihamburkan ke udara.

Setakat ini, tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Pengaliran lahar itu disifatkan paling besar sejak Merapi mula aktif pada November tahun lalu.

Status Merapi ditingkatkan kepada dua daripada empat tahap tertinggi sejak ia mula meletus pada tahun lalu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi kawasan gunung berapi itu dalam radius 5 kilometer.

Dalam pada itu, beberapa perkampungan diselimuti debu tebal akibat debu panas yang dihamburkan oleh gunung berapi tersebut.

Merapi merupakan satu daripada 120 gunung merapi paling aktif di Indonesia. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya