Gesa kenakan larangan baharu halang penyewa dihalau keluar - Utusan Malaysia

Gesa kenakan larangan baharu halang penyewa dihalau keluar

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa larangan baharu dikenakan bagi menghalang jutaan penduduk kehilangan rumah yang didiami ketika negara itu bergelut dengan varian Delta yang pantas merebak.

Sehari selepas moratorium pengusiran tamat, Biden mengakui pentadbirannya tidak mempunyai kuasa yang sah untuk membantu penyewa yang gagal membayar sewa untuk terus tinggal di kediaman mereka.

Keadaan itu menyebabkan White House tidak mampu melakukan banyak untuk menangani masalah tersebut yang boleh memberi kesan buruk kepada jutaan keluarga selepas moratorium selama 11 bulan yang diperintahkan oleh Pusat Pengendalikan dan Pencegahan Penyakit (CDC) berakhir pada Ahad lalu.

“Dengan mengambil kira keperluan mendesak untuk menghentikan penularan varian Delta, Biden meminta CDC mempertimbangkan pelaksanaan moratorium pengusiran baharu selama 30 hari yang tertumpu pada daerah yang mempunyai kadar kes tinggi untuk melindungi penyewa,” jelas White House dalam kenyataan.

Bagaimanapun, Pengarah CDC, Rochelle Walensky tidak dapat mencari kuasa undang-undang bagi membolehkan pelaksanaan moratorium secara bersasar itu.

Biden juga menggesa kerajaan negeri dan tempatan untuk menerima pakai beberapa dasar untuk melindungi penyewa rumah.

Antaranya melanjutkan moratorium pengusiran itu sekurang-kurangnya dua bulan lagi.

Penamatan moratorium itu berpotensi mendorong jutaan penyewa warga AS dihalau keluar dari kediaman akibat gagal membayar sewa.

Sebelum ini, White House menegaskan bahawa kerajaan Persekutuan telah menyalurkan sebanyak AS$46.5 bilion (RM196.4 bilion) bagi melindungi penyewa untuk kekal berada di rumah mereka.

Namun, pejabat itu menuduh kerajaan negeri dan tempatan terlalu lambat bertindak sehingga menghalang bantuan tersebut sampai kepada penyewa yang terjejas dengan pandemik Covid-19.

Baru-baru ini, Biden berdepan kritikan hebat termasuk dari beberapa ahli partinya mengenai tindakan lambat bertindak dalam menangani penamatan moratorium tersebut. – AFP/AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya