Gempa bumi Haiti: Angka kematian meningkat kepada 1,419 orang - Utusan Malaysia

Gempa bumi Haiti: Angka kematian meningkat kepada 1,419 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LES CAYES: Pasukan penyelamat berusaha mencari mangsa yang masih hidup selepas gempa bumi melanda Haiti pada Sabtu lalu.

Lapor BBC, sekurang-kurangnya 1,419 orang maut dalam kejadian gempa berukuran 7.2 magnitud itu dan sejumlah besar mangsa masih lagi hilang.

Pasukan mencari dan menyelamat (SARS) dari Amerika Syarikat (AS), Chile dan Mexico tiba di lokasi kejadian.

Pasukan perubatan Cuba juga sudah sampai dan sedang membantu mangsa.

Pertubuhan kemanusiaan memaklumkan mangsa memerlukan bekalan air minuman yang bersih dan tempat perlindungan.

Lebih 30,000 keluarga kehilangan kediaman mereka.

Rumah, gereja dan sekolah antara bangunan yang musnah dalam bencana tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya