HONOLULU: Pihak berkuasa Hawaii tersalah menangkap seorang gelandangan berhubung jenayah yang dilakukan oleh orang lain.
Lelaki itu dikurung di hosital sakit mental selama lebih dua tahun, dipaksa mengambil ubat sakit psikiatri serta berusaha menutup kesalahan itu dengan membebaskannya secara senyap dengan hanya 50 sen untuk namanya.
Perkara itu didedahkan oleh Hawaii Innocence Project di dalam mahkamah yang memfailkan petisyen bagi meminta hakim membatalkan penangkapan dan membetulkan catatan jenayah terhadap Joshua Spriestersbach.
Mangsa asalnya hanya tidur di tepi jalan kerana tidak mempunyai tempat tinggal serta dalam kelaparan ketika beratur menunggu giliran mendapatkan makanan di luar tempat perlindungan Honolulu, 2017.
Ketika seorang pegawai polis mengejutnya, dia sangka akan ditangkap kerana larangan duduk atau tidur di kaki lima di kawasan bandar.
Namun, sebaliknya berlaku apabila polis menyangkakan dia adalah lelaki bernama Thomas Castleberry yang mempunyai surat perintah penangkapan berhubung kes dadah, 2006.
Tangkapan itu sangat mengejutkan kerana Spriestersbach and Castleberry tidak pernah bertemu.
Peguam Spriestersbach berpendapat semuanya boleh diselesaikan sekiranya pihak polis membandingkan gambar dan cap jari kedua-dua lelaki itu. -AP