Gaji bawa lori lagi mahal daripada juruterbang - Utusan Malaysia

Gaji bawa lori lagi mahal daripada juruterbang

AARON Leventhal sebelum ini bekerja sebagai juruterbang sebelum menjadi pemandu lori. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Situasi di Britain yang ketika ini berdepan dengan krisis kekurangan pemandu lori menjadi lubuk rezeki baharu bagi seorang bekas juruterbang.

Aaron Leventhal, 37, sebelum ini bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan tambang murah, Flybe sebelum syarikat itu ditutup susulan pandemik Covid-19.

Leventhal ketika bekerja sebagai juruterbang

Leventhal yang sudah pun memiliki lesen lori ketika berkhidmat sebagai tentera sebelum ini terus mengambil peluang untuk mencuba kerjaya baharu.

“Ketika saya bergelar juruterbang, gaji tahunan saya adalah 30,000 pound (RM173,070) dan kini saya menerima bayaran lebih banyak sebagai pemandu lori iaitu 40,000 pound (RM230,760) setahun.

“Krisis yang berlaku ketika ini secara tidak langsung memberi peluang kepada saya untuk meneruskan kehidupan, malah lebih baik,” katanya kepada Daily Mail.

Jelas lelaki itu, dia bekerja dengan Flybe selama 18 bulan sebelum syarikat itu gulung tikar pada tahun lalu.

Katanya, dia berasa amat kecewa pada mulanya kerana berasa usahanya tidak berbaloi dengan keadaan yang berlaku.

“Tapi sekarang, saya sudah boleh tarik nafas lega kerana kerja yang saya lakukan ketika ini adalah membantu negara dan masyarakat,” ujarnya.

Britain sebelum ini berdepan dengan kekurangan kira-kira 100,000 pemandu lori berikutan pandemik Covid-19 dan keadaan itu menjejaskan penghantaran barangan di semua pasar raya di seluruh negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya