LONDON: Seorang lelaki gagal merompak sebuah bank kerana tulisan tangannya di atas helaian kertas seperti cakar ayam sehingga tidak dapat dibaca oleh juruwang.
Suspek, Alan Slattery, 67, melakukan percubaan kali kedua selepas rompakan kali pertama berjaya membawa lari AS$3,300 (RM13,983).
Slattery dihukum penjara selama empat tahun oleh Mahkamah Lewes Crown atas kesalahan cubaan merompak.
Lelaki yang sudah bersara itu cuba merompak bank di Nationwide Building Society, pada pagi 18 Mac lalu dengan menghulurkan sekeping nota kepada juruwang.
Namun, dia terpaksa keluar dari bank dalam keadaan hampa selepas juruwang tidak dapat membaca tulisannya.
Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Slattery menaiki bas selepas itu dan identitinya dikenal pasti selepas berada di dalam pengangkutan awam.
Polis memberkas Slattery semasa dia berjalan ke rumahnya.
Pihak berkuasa turut menemukan label mudah melekat yang sama dengan nota yang dilekatkan di bank itu. – AGENSI