Gadis 12 tahun dipaksa kahwin dengan Taliban - Utusan Malaysia

Gadis 12 tahun dipaksa kahwin dengan Taliban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Taliban didakwa memaksa gadis di bawah umur semuda 12 tahun berkahwin dengan anggota kumpulan mereka ketika perebutan wilayah negara itu dengan pasukan tentera kerajaan semakin meruncing.

Kumpulan itu dilaporkan bertindak mengetuk pintu rumah ke rumah penduduk Afghanistan serta memaksa wanita menjadi hamba seks mereka.

Komando Taliban akan memerintahkan ketua di kawasan mereka menyediakan senarai nama wanita yang belum berkahwin berumur antara 12 hingga 45 tahun untuk dikahwinkan dengan askar mereka.

Tindakan itu dilihat sebagai ‘harta rampasan perang’ untuk diagihkan sesama mereka.

Anggota Taliban akan mengetuk pintu ke pintu kerana mahu menuntut ‘hadiah’ mereka sehingga tergamak menyelongkar almari pakaian keluarga untuk mengesahkan umur gadis yang diiginkan sebelum memaksa mereka menjalani kehidupan sebagai hamba seks.

Layanan kejam terhadap golongan wanita itu merupakan petanda kejatuhan tentera Afghanistan.

Taliban sekarang menguasai sembilan dari 34 wilayah negara itu dan hanya menunggu masa untuk menawan Kabul yang merupakan ibu negara Afghanistan. -AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya