Facebook sekat sebarang kandungan mengenai Taliban - Utusan Malaysia

Facebook sekat sebarang kandungan mengenai Taliban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Facebook menyekat semua kandungan yang memberikan sokongan terhadap Taliban daripada paltform media sosial itu kerana beranggapan sebagai kumpulan yang menjurus ke arah keganasan.

Syarikat itu berkata, pihaknya sudah melantik pakar dari Afghanistan untuk mengawal dan menyekat kandungan yang mempunyai perkaitan dengan organisasi itu.

Taliban mengggunakan saluran Facebook dalam media sosial untuk menyebarkan pengaruh mereka sejak sekian lama.

Kepantasan mereka mengambil alih Afghanistan menjadi cabaran baharu buat syarikat teknologi untuk memantau kandungan berkaitan kumpulan itu.

“Taliban dilabelkan sebagai organisasi pengganas di bawah undang-undang Amerika Syarikat dan kita menyekat mereka daripada perkhidmatan di bawah polisi Organisasi Berbahaya.

“Kita juga mempunyai pasukan yang merupakan pakar dari Afghanistan berasal dari suku kaum Dari dan Pashto serta mempunyai pengetahuan mengenai konteks setempat, bagi membantu mengenal pasti dan memberi peringatan mengenai sebarang isu yang muncul dalam Facebook,” jelasnya. -BBC

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya