Enam maut nahas kapal terbang di Alaska - Utusan Malaysia

Enam maut nahas kapal terbang di Alaska

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kesemua enam penumpang maut selepas sebuah kapal terbang persiaran yang dinaiki mereka terhempas di tenggara Alaska, kata pengawal pantai Amerika Syarikat (AS).

Pasukan perkhidmatan di negeri utara AS bertindak balas terhadap isyarat kecemasan yang diterima pada pukul 11.20 pagi (waktu tempatan), kira-kira 13 kilometer (km) timur laut Ketchikan, Alaska.

“Kru helikopter MH-60 Jayhawk dari Stesen Udara Pengawal Pantai Sitka menemukan bangkai pesawat kira-kira pukul 2.37 petang (waktu tempatan).

“Mereka juga menghantar dua anggota penyelamat yang juga perenang yang melaporkan tiada mangsa terselamat,” jelas pengawal pantai AS menerusi kenyataan.

Jelas kenyataan itu, pesawat yang boleh terapung, de Havilland Beaver membawa lima penumpang dan juruterbang berlepas dari Taman Monumen Nasional Misty Fjords.

Sementara itu, syarikat penerbangan itu menerusi Twitter memaklumkan penumpang pesawat itu merupakan pelancong dari kapal persiaran Holland America Line, Nieuw Amsterdam.

“Kami mengesahkan sebuah pesawat yang membawa lima penumpang dari Nieuw Amsterdam terlibat dalam kemalangan di Ketchikan dan tiada mangsa yang terselamat,” jelasnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya