Empat maut letupan lombong arang di Colombia - Utusan Malaysia

Empat maut letupan lombong arang di Colombia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Sekurang-kurangnya empat pelombong maut, seorang cedera dan tujuh lagi terperangkap di bawah tanah dalam satu kejadian letupan gas metana di lombong arang batu di tengah Colombia.

Lapor Xinhua, menurut Agensi Perlombongan Nasional (ANM), letupan yang berlaku di lombong di pelan Topaga mempunyai kaitan dengan gas metana dan kemungkinan debu arang batu.

“Empat pekerja ditemukan setakat ini, malangnya tanpa sebarang tanda penting.

“Kami sedang berusaha untuk mencari dan menyelamat tujuh lagi pelombong lain yang masih belum ditemukan,” jelas agensi itu menerusi kenyataan.

Tambah agensi itu, lombong `Carbonera’ itu mempunyai lesen yang sah.

Anggota penyelamat memasang kipas di lombong bagi memastikan pengaliran udara keluar masuk yang baik untuk pekerja yang terperangkap.

Dilaporkan, pegawai dari pejabat Datuk Bandar Topaga, pasukan polis, Palang Merah dan anggota Pertahanan Awam berkumpul di lokasi kejadian untuk membantu dalam operasi tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya