MOGADISHU: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan lima cedera dalam insiden letupan pengebom berani mati di dalam sebuah kafe di ibu negara Somalia.
Perkara itu disahkan oleh polis dan beberapa saksi.
Pengebom berani mati menyasarkan sebuah kafe berhampiran persimpangan sesak di utara Mogadishu.
Dilaporkan, kafe itu sering dikunjungi oleh anggota pasukan keselamatan Somalia dan orang awam.
Menurut badan pemantau Amerika Syarikat (AS) SITE, kumpulan berkaitan Al-Shabaab mendakwa melakukan serangan itu menerusi satu temubual dengan agensi berita Shahada.
Seorang polis trafik, Mohamed Ali yang berada di tempat kejadian berkata, kejadian letupan yang berlaku pada waktu petang itu menyebabkan dua anggota keselamatan terbunuh dan lima orang cedera.
“Kepingan logam dan serpihan barangan yang hancur bertaburan di sekitar kawasan itu,” kata saksi, Abdukadir Sagaalle. – AFP