Doktor keluarkan 20 ekor berenga dari telinga kanak-kanak - Utusan Malaysia

Doktor keluarkan 20 ekor berenga dari telinga kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI: Sepasang ibu bapa tidak menyangka tangisan anak perempuan mereka yang berusia dua tahun selama beberapa hari adalah kerana telinganya dipenuhi dengan ulat berenga.

Media tempatan melaporkan, ibu kanak-kanak itu memaklumkan dua hari sebelum itu anaknya mengadu sakit pada telinga.

Selepas diperiksa, ibunya mendapati ada cairan berwarna kuning pada telinga kanan anaknya dan menyangka itu hanya kotoran.

Kemudian, dia menggunakan kain untuk membersihkan telinga anaknya.

Namun, dua hari kemudian, kanak-kanak itu menangis tidak berhenti dan memaklumkan telinganya semakin sakit.

Bimbang dengan keadaan itu, ibu dan bapanya membawa anak mereka ke hospital.

Doktor yang melakukan pemeriksaan mendapati telinga kanak-kanak itu berdarah dan terdapat kira-kira 20 berenga di dalamnya.

Menurut doktor, larva lalat itu sudah lama bersarang di dalam telinga kanak-kanak tersebut sehingga menyebabkan pendarahan dan kesakitan.

Doktor kemudiannya mengeluarkan semua berenga dan bangkai lalat yang ada di dalam telinga kanak-kanak itu.

Selepas empat hari menjalani rawatan, keadaan kanak-kanak terbabit dilaporkan sudah stabil serta dibenarkan pulang ke rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya