Dixie Fire jadi kebakaran kedua terburuk dalam sejarah California - Utusan Malaysia

Dixie Fire jadi kebakaran kedua terburuk dalam sejarah California

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GREENVILLE: Kebakaran hutan di utara California yang dikenali sebagai Dixie Fire, kini menjadi kebakaran kedua terbesar dalam sejarah negeri itu di Amerika Syarikat (AS).

Menurut pihak berkuasa, tiga orang dilaporkan hilang dan ribuan penduduk terpaksa berpindah untuk menyelamatkan diri berikutan api kebakaran yang semakin marak.

Setakat semalam, kebakaran itu sudah memusnahkan 187,562 hektar berbanding hari sebelumnya iaitu sebanyak 181,187 hektar.

Ia kini meliputi keluasan kawasan lebih besar dari Los Angeles.

Dixie Fire merupakan kebakaran hutan terbesar di AS dan antara 11 kebakaran hutan utama di California.

Minggu lalu, Dixie Fire mengatasi insiden kebakaran kompleks Mendocino pada 2018 sekali gus disenaraikan sebagai kedua terburuk dalam sejarah negeri California.

“Rasanya seperti keluar dari zon perang yang anda menonton di televisyen.

“Kawasan perumahan saya kini sudah tiada lagi, semua orang kesayangan saya termasuk rumah mereka hilang,” kata seorang penduduk, Tami Kugler di pusat pemindahan selepas melarikan diri dari Greenville sebelum bandar itu terjejas. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya