SINGAPURA: Pasukan penyelamat haiwan dikerahkan ke sebuah rumah di sini selepas seorang wanita membuat laporan dia mendengar bunyi ular tedung di dalam biliknya.
Selepas tiba di rumah berkenaan, pasukan penyelamat mendapati bunyi yang disangka ular tedung itu sebenarnya berus gigi elektrik yang masih terpasang.
Wanita itu yang dikenali sebagai Xi Yan dilaporkan menghantar rekod bunyian tersebut ketika menghubungi pasukan penyelamat.
Kemudian, mereka beranggapan bunyi tersebut dihasilkan oleh ular tedung sebelum bergegas ke rumah wanita itu.
Pasukan penyelamat melakukan pencarian selama satu jam di rumah Xi Yan sebelum mereka menemukan berus gigi tersebut.
Xi Yan memaklumkan, berus gigi elektrik tersebut sudah rosak kerana air memasuki bahagian baterinya, sekali gus mengeluarkan bunyi seperti ular tedung. – AGENSI