Penggunaan lampin pakai buang akan dikenakan cukai untuk lindungi alam - Utusan Malaysia

Penggunaan lampin pakai buang akan dikenakan cukai untuk lindungi alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ibu bapa yang menggunakan lampin pakai buang akan dikenakan cukai baharu dalam usaha mendorong mereka beralih kepada alternatif lampin yang boleh digunakan semula bagi melindungi alam sekitar.

Lapor Mirror, langkah itu bertujuan menghentikan penggunaan lampin yang dibuang ke tapak pelupusan sampah setiap hari.

Pihak kementerian berharap tindakan itu memberikan dorongan di England sekali gus memaksa perniagaan beralih kepada alternatif hijau yang lebih baik untuk bumi.

Setakat ini, tiada tarikh ditetapkan bagi perubahan itu dan idea mengenai pelaksanaan cukai itu belum diperincikan lebih lanjut.

Menurut kumpulan pejuang alam sekitar, City at Sea, sebanyak lapan juta lampin pakai buang dilupuskan ke tapak pembuangan sampah setiap hari.

Kerajaan juga mengumumkan langkah penggunaan pembungkus pinggan plastik, peralatan makan dan cawan polistren sekali pakai.

Namun, Justine Roberts dari Mumsnet berkata, langkah itu dilihat memberikan tekanan kepada ibu bapa yang kesuntukan masa akibat kesibukan bekerja.

“Sememangnya bagus untuk ibu bapa mempunyai pilihan berpatutan yang lebih mesra alam.

“Namun, ia dilihat sukar ketika mereka sibuk dan masalah kewangan untuk mendapatkan lampin mesra alam sekitar,” luahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya